Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Wednesday 21 March 2012

BIRTHDAY CUPCAKE FOR IRFAN

Birthday Irfan ari tu angah ada buat cupcake untuk dia. Selalu buat cupcake tpi tanpa topping,inilah 1st time buat deco atas cupcake khas untuk ank sedara yg paling dsyangi keluarga. Itu pun atas bantuan Ieda Othman (color adviser), Lynn Othman & Zurinah Abu Samah (tolong mendeco)dan Fisa Othman (tukang amik gambar)airennizah Othman (tukang rasa)thanks semua.Angah buat cupcake 2 perisa 1 oreo cupcake dan 1 lagi perisa cappuccino.





Monday 7 November 2011

Puding Jagung


Assalamualaikum wbt

hari nie uda teringin nak belajar buat puding jagung so angah selaku sifu @ lebih tepat lagi tenaga pengajar la kan...resepi nie daripada arwah mak mertua angah....


Jom kita kasi layan resepi nie & selamat menjamu selera...

BAHAN-BAHANNYA:

1 tin jagung manis (dikisar separuh kasar)
2 tin gula pasir (boleh dikurangkan jika anda tak suka manis)
5 tin santan
1 tin tepung kastard

CARA-CARANYA :

1. 3 Tin santan di masak dengan gula hingga mendidih.. 
2. Masukkan jagung manis yang telah dikisar.
3. 2 Tin santan lagi dibancuh dengan tepung kastard, kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan yang pertama tadi.
4. Kacau hingga likat dan tuangkan ke dalam acuan / loyang.

||SELAMAT MENCUBA||


Sunday 6 November 2011

Steamed Soft Banana Cake / Apam Pisang Kukus

Assalamualaikum wbt

hari nie angah nak ceritakan tempahan yang angah terima dari jiran sebelah umah mak...memandangkan masa yang terhad angah tak sempat nak amik pic tempahan tue btw angah adalah buat lebih untuk menjamu adik2 kat umah...sorry la ya sebabnya jiran pun kelam kabut nak ke Melaka untuk menyambut Hari Raya Korban di sana so sampai2 jew tempahan bertukar tangan terus tanpa sempat nak take pic...resepi nie bukan lah 100% daripada angah tetapi dicedok dari resepi kak wan ..thanks kak wan..

Jom layan resepi & selamat menjamu selera...


LAPISAN BAWAH
BAHAN A

200 gram pisang masak di lecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang / vanila (kak wan guna btw angah x guna)

BAHAN B

100 gram gula perang
 3 biji telur Grade b
100 gram tepung pau / Tepung Hong Kong / Superfine (tapi angah lebih suka guna Superfine)
1 sudu teh double action baking powder
60 ml minyak jagung

LAPISAN ATAS
BAHAN C

2 biji telur Grade B
60 gram gula kaster
20 ml air
60 gram tepung pau (angah guna tepung Hong Kong)

CARA-CARA

LAPISAN BAWAH
1. Sebatikan bahan A, ketepikan.
2. Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand wisk hingga rata. Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.


LAPISAN ATAS
1. Pukul telur, air dan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit.

||SELAMAT MENCUBA ||

Sunday 30 October 2011

Nasi Lemak 404



BAHAN-BAHAN NASI LEMAK

3 cawan beras (mengikut saiz periuk nasi anda)
4 cawan santan
1 helai daun pandan
sedikit garam

BAHAN-BAHAN SAMBAL

ikan bilis/sotong/udang (mengikut selera anda)
30 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah/kecil
1 labu bawang besar di potong
sedikit belacan
Garam secukup rasa (kalau ikan bilis garam tidak diperlukan)
Air Perahan Asam Jawa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN

1 biji timun
5 biji telur direbus
ikan bilis digoreng
kacang tanah digoreng
sayur kangkong direbus

CARA-CARA MEMBUAT NASI LEMAK

1. Beras dibasuh dengan bersih.
2. Masukkan 4 cawan santan.
3. Masukkan daun pandan yang telah dikoyak.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sentiasa kacau untuk mengelakkan bahagian bawah hangit & berkerak.

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Cili kering dikisar bersama bawang merah & belacan.
2. Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan dahulu bawang besar yang telah dipotong bulat.
3. Setelah naik bau , masukkan cili yang telah dikisar dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan garam secukup rasa sekiranya anda menggunakan bahan sotong @ udang..kalau guna ikan bilis jangan letak garam ya, nanti masin.
5. Setelah garing masukkan sotong @ udang dahulu b4 masuk air perahan asam jawa.ini kerana sotong @ udang mengeluarkan air (mengelakkan sambal jadi cair).
6. Kalau guna ikan bilis masukkan ikan bilis diikuti dengan air perahan asam jawa dan tunggu sehingga masak.


|| SELAMAT MENCUBA ||


Goreng bercili kering



BAHAN-BAHAN

1 kilo kerang yang direbus 
3 keping tauhu 
4 keping tempe
3 batang serai
3 biji kentang
10 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 Sudu minyak masak
Sedikit belacan
Garam
Sedikit Air Perahan Asam Jawa




CARA-CARANYA


1.Kerang yang direbus perlu di buang kulitnya dan ke tepikan.
2. Kentang, tempe, tauhu dipotong dadu (kecil) mengikut saiz yang anda suka jgn terlalu besar sangat.
3. Gorengkan kentang, tempe, tauhu secara berasingan.
4. Kisarkan cili kering & cili padi bersama belacan, bawang kecil & bawang putih.
5. Masukkan minyak sehingga panas , barulah masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi..
6. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam bahan yang telah garing , masukkan air perahan asam jawa, garam secukup rasa.
7. Masukkan kentang, tempe & tauhu yang telah di goreng secara berasingan tadi ke dalam cili yang telahh garing.
8. Kalau yang suka berkuah sedikit xnak kering anda boleh lah campurkan sedikit air.


||SELAMAT MENCUBA||

Asam Pedas Ikan Selar



BAHAN-BAHAN:


30 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah/kecil
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 ekor ikan selar
sedikit belacan
Asam jawa
Garam


CARA-CARANYA:


1. Kisarkan semua bahan-bahan tersebut.
2. Tumiskan herba sehingga naik bau , kemudian cili & bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan garam secukup rasa & goreng sehingga garing.
4. Masukkan ikan dan perah asam jawa.
5. Kalau ada yang suka masukkan bendi pun boleh gak after pastikan kuah dah masak sepenuhnya.


|| SELAMAT MENCUBA||

Sunday 17 April 2011

Puding Caramel owh Puding Caramel

Assalamualaikum w.b.t

hehehehehe..kenapa aku gelak??coz ini le 1st time nak wat blog but terlalu lama plak nak cari templatenya..dari b4 Mentor start sampai le Mentor dh abis..baru le jadi nia...smpi nak cari nama tuk blog pun leh gaduh2 ngan si angah...hehehehe...ok lah jom kiter ceghiter pasal puding caramel....sapa yg suka puding nie??sila angkat tgn (walaupun aku x nampak) T_T....dari last week lg aku wat puding nie tuk kenduri umah angah...then sambung plak ke this week nie tuk kenduri jiran sebelah...ari nie aku wat lagi coz ada yg x dpt rasa masa kenduri so ari nie aku buat lg....

puding caramel nie aku mula suka start masa aku baca novel MANISNYA CINTA...dalam novel ni si hero n heroin bertemu di Jusco & berebut puding nia...so start dr situ aku mula search kat tenet cari resipi..macam2 la yg dapat..last2 dpt kat mesra.net...dan alhamdulillah menjadi pulak tue..aku ubah skit2 jew le resepinya.....tang pic x sempat nak snap..so len kali aku edit this post tuk korang tgk erk....

babai....
 
copyright@selera404