Enter Your Slogan Here: Lorem Ipsum Semblar un Simplificat Quam un Skeptic!

Sunday 30 October 2011

Nasi Lemak 404



BAHAN-BAHAN NASI LEMAK

3 cawan beras (mengikut saiz periuk nasi anda)
4 cawan santan
1 helai daun pandan
sedikit garam

BAHAN-BAHAN SAMBAL

ikan bilis/sotong/udang (mengikut selera anda)
30 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah/kecil
1 labu bawang besar di potong
sedikit belacan
Garam secukup rasa (kalau ikan bilis garam tidak diperlukan)
Air Perahan Asam Jawa

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN

1 biji timun
5 biji telur direbus
ikan bilis digoreng
kacang tanah digoreng
sayur kangkong direbus

CARA-CARA MEMBUAT NASI LEMAK

1. Beras dibasuh dengan bersih.
2. Masukkan 4 cawan santan.
3. Masukkan daun pandan yang telah dikoyak.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sentiasa kacau untuk mengelakkan bahagian bawah hangit & berkerak.

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Cili kering dikisar bersama bawang merah & belacan.
2. Masukkan minyak dalam kuali dan tumiskan dahulu bawang besar yang telah dipotong bulat.
3. Setelah naik bau , masukkan cili yang telah dikisar dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan garam secukup rasa sekiranya anda menggunakan bahan sotong @ udang..kalau guna ikan bilis jangan letak garam ya, nanti masin.
5. Setelah garing masukkan sotong @ udang dahulu b4 masuk air perahan asam jawa.ini kerana sotong @ udang mengeluarkan air (mengelakkan sambal jadi cair).
6. Kalau guna ikan bilis masukkan ikan bilis diikuti dengan air perahan asam jawa dan tunggu sehingga masak.


|| SELAMAT MENCUBA ||


Goreng bercili kering



BAHAN-BAHAN

1 kilo kerang yang direbus 
3 keping tauhu 
4 keping tempe
3 batang serai
3 biji kentang
10 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 Sudu minyak masak
Sedikit belacan
Garam
Sedikit Air Perahan Asam Jawa




CARA-CARANYA


1.Kerang yang direbus perlu di buang kulitnya dan ke tepikan.
2. Kentang, tempe, tauhu dipotong dadu (kecil) mengikut saiz yang anda suka jgn terlalu besar sangat.
3. Gorengkan kentang, tempe, tauhu secara berasingan.
4. Kisarkan cili kering & cili padi bersama belacan, bawang kecil & bawang putih.
5. Masukkan minyak sehingga panas , barulah masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi..
6. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam bahan yang telah garing , masukkan air perahan asam jawa, garam secukup rasa.
7. Masukkan kentang, tempe & tauhu yang telah di goreng secara berasingan tadi ke dalam cili yang telahh garing.
8. Kalau yang suka berkuah sedikit xnak kering anda boleh lah campurkan sedikit air.


||SELAMAT MENCUBA||

Asam Pedas Ikan Selar



BAHAN-BAHAN:


30 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah/kecil
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 ekor ikan selar
sedikit belacan
Asam jawa
Garam


CARA-CARANYA:


1. Kisarkan semua bahan-bahan tersebut.
2. Tumiskan herba sehingga naik bau , kemudian cili & bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan garam secukup rasa & goreng sehingga garing.
4. Masukkan ikan dan perah asam jawa.
5. Kalau ada yang suka masukkan bendi pun boleh gak after pastikan kuah dah masak sepenuhnya.


|| SELAMAT MENCUBA||
 
copyright@selera404